Wednesday 7 January 2009

First Time

Biasanya `first time` experince mmg susah nak dilupakan dan aku adalah salah sorang darinya. Kenangan kali pertama akan ku kenang selamanya walaupun tak dpt diulangi kembali tapi tak salah mengenangkannya kerana dari situ aku bermula hingga berdiri di sini. 
Kenangan pertama aku di sekolah bermula di Sek Keb Pengkalan Tentera..(...kecik2 dah masuk askar aku ni). Hari pertama melapor diri, punya la ramai org kat sek tu, tak kurang dgn zaman skrg ni cuma yg beza cuma ada 2 jenis uniform je. Student baru mcm aku ngan askar2 yg bawa anak mereka lapor diri@pendaftaraan...hahah... yg tak pakai uniform tu sama ada cikgu sek tu atau surirumah  yg juga hantar anak utk masuk sek( istilah zaman tu). 
Aku beratur di kelas 1M bersama ramai lagi `orang asing` beratur sblm masuk ke kelas. Tgh2 beratur tu ada sorang tarik aku ke tiang sebelah pintu masuk  dan ambik gambar. Maka tercipta la dalam sejarah hidup aku kali pertama ambil gambar berukuran pasport.  Sesudah sesi bergambar, kami diarah masuk ke kelas. Dalam kelas yg terdiri dari berbilang kaum dan aku masih ingat sebahagian dari mereka hingga sekarang. Contohnya, Bawani ( the biggest indian girl in our class), NisyaNaiya ( mati2 aku ingat dia ni anak pelakon Hindustan), Danny (our class monitor-good looking chinnese boy), Toh Chee Leong ( the most `setan` in our class), Zamri ( anak pegawai yg suka sebut `kukuchau`-sampai skrg aku tak tahu apa maksud dia, Khairul Anuar Ramli ( my first best friends but lost contact now) dan tak lupa juga guru kelas kami, Faridah - tak tau sama ada dia puan atau cik masa tu......
Entah apa la khabar semua rakan2 aku skrg. Alhamdulilah aku masih ingat dgn jelas watak dan perwatakan manusia2 di SK Pengkalan Tentera, Kuantan walaupun dah 23 tahun berlalu.Even aku masih ingat lagi lagu sekolahnya sampai habis. Nanti aku buat hikayat kalau ada permintaan...hahha... by the way apa agak2 tajuk hikayat tu yea? ada cadangan?
  Mcm korang masing ingat lagi kenangan hari pertama di sek dulu?  Story la sikit mukashi banashi (cerita dulu2) korang masa mula2 masuk sek. 
p/s: gambar  diatas adalah yg terkini SK Pengkalan Tentera ( sorry ...tak ada gambar yg lebih baik)

No comments: