Monday 16 February 2009

Jenaka Padang Pasir

       Suatu hari seorang a'rabi sembahyang dibelakang seorang imam. Sedang imam tu baca al-Quran; tiba2 dia terlupa bacaan dan terus membaca ta'awwuz(mnta perlindungan dr syaitan) berulang kali. Maka a'rabi berkata "Syaitan sebenarnya tak bersalah pun. Kau je yg tak pandai baca Quran"
      Suatu hari seorang a'rabi menyelam di lautan pd musim panas beberapa kali. setiap kali dia menyelam dia akan menghitungnya dgn dia mengikat helaian tali. Maka ada org bertanya tentang perbuatannya. Dia menjawab "Ini adalah mandi2 junub yg yg aku qadakan dr hadas2 besar yg aku tak mandi lagi pd musim sejuk."
       Suatu pagi seorang a'rabi solat subuh di belakang seorang Imam. Imam itu membaca surah Al-Baqarah(lembu betina) sehingga a'rabi tadi terlepas agenda yg nak dilakukan selepas solat. Pd hari berikutnya sblum Imam solat subuh; a'rabi tadi bertanya "Pagi ni kau nak baca suruh ape?" Imam menjawab "Surah al-Fil(gajah)" Lantas a'rabi tadi keluar lari dr masjid. Dia berkata "Semalam surah al-Baqarah (lembu betina) pun dah sampai tengah hari; ni nak baca surah al-Fil(gajah) mesti sampai tengah malam."
a`rabi = org arab yang duduk di padang pasir ( di luar kawasan kg atau pekan).
p/s : tuntutlah ilmu sampai ke negara china.

Wednesday 11 February 2009

Valetine

Lain padang lain belalang. Walaupun kita tahu Valetine Day berasal dari barat tapi jepun telah menjadikannya sebagai salah satu budayanya sendiri.  Namun untuk menjadikanya sebagai `origaniliti` meraka telah menjadikan Valetine Day (14 Feb)  hari dimana perempuan memberi coklat kepada lelaki dan White Day (14 Mac) hari di mana lelaki pula memberi coklat pada perempuan.
     Namun demikian terdapat sedikit keunikan/ tekanan terutama pada perempuan. Pada 14 Feb, perempuan bukan sahaja memberi lelaki coklat kepada lelaki yg diminati tetapi juga teman sepejabat, boss, kawan lelaki, abang, adik lelaki, ayah dan sebagainya yang dikenali sebagai giri choco (obligation chocolate). Ini diberikan pada `golongan` tersebut mereka tidak terasa terasing apabila tidak mendapat coklat pada hari tersebut. Kiranya tak ikhlas juga aaa. Hal ini memberi sedikit sebanyak tekanan pada perempuan, mana taknya kalau dalam satu office tu ada 30  lelaki, mcm mana?
       Pun begitu pemberian coklat yang diberikan kepada `teman istimewa` biasanya disertakan hadiah seperti jam, tali leher dll. Dan coklat yg dihadiahkan adalah buatan sendiri (homemade) atau coklat yg lebih mahal dari `giri choco`. Coklat ini juga dikenali sebagai honmei (prospective winner). 
       Waktu ini juga syarikat coklat, hotel mengaut keuntungan berkali-kali ganda. Seperti gambar di atas sebuah hotel di Hakone  menyediakan perkhidmatan `chocolate jaccusi` yg mendapat tempahan yg luar biasa.   ......  hahha.. ada idea utk honeymoon ni.... eat you and chocolate in a same time...hahahah...

Monday 9 February 2009

Kenangan lalu

   Tak lama lagi dan nak balik ...heheh...tak sabar nak balik ke tanah air. bukan balik kg tau. walaupun sama je tp masih ada perbezaannya. Aku pun dah start2 dah kemas barang2. Mana yang patut masuk kotak, yang tak patut masuk kotak, tolak tepi dulu. yang tak perlu terus buang.. penah gak mengemas nak pindah ni yea....kesimpulannya baru 3 kotak je kemas....take 5 sambil layan gambar lama. terjumpa la gambar zaman `muda-muda` dulu.
   Aku rasa semua ada gambar unit masing2..... so diperkenalkan unit SN/KH... cantik-cantik dan kacak semua (zaman tu aa). teringat hari tu.... semua sibuk. dgn keluarga, husband, anak + org2 kampung...heheh.... alhamdulillah sempat juga ambik gambar ramai satu kelas walaupun ada bebeberapa orang yg tak ada. Kuiz : sapa boleh senaraikan siapa yang yang tiada dalam gambar? 
hint : jumlah keseluruhan 31 org.

Friday 6 February 2009

tag dari org yg menabur janji2 palsu pada 26hb Jan ..hahha... 
1. What were you doing 5 years ago?
    tgh struggle kat intect, hafal hiragana, katakana, dan kanji.
2.What were the 5 things on your to do list today?
  a. baca paper
  b. basuh baju
c. beli barangan dapur (sayur dah habis)
d. kemas kotak
e. tgk movie
3. What were 5 snack that you enjoy?
a. chocfudge
b. syu-cream
c. calbee (kerepek kentang pedas)
d. aiskrim
e. coklat
4. What are 5 thing that you do if you are billionaire?
a. makes more money ( money..money..money.... )
b. get another 3 wife ..... ahahha ...aku mampu.. aku punya suka aaa..hahaha...
c. tubuhkan yayasan ala2 yayasan al-bukhari.
d. hadiahkan biasiswa utk penyelidikan
e. KIV
5. What are 5 job you`ve had?
a. masak
b. kemas rumah
c. baca paper/email/ bla..bla..bla...
d. survey syarikat perkapalan
e.  chatting
6.  Who are 5 person you want to tag?
a. fish (bakal pengantin)
b. nini (bakal doktor)
c. ezze (bakal penghulu himeji)
d. din (bakal bapa)
e. ko ...... (yg tgh baca ni bakal ke...hahahha)
p/s: gambar tidak ada kena mengena dgn tag. harap maklum

Thursday 5 February 2009

Rasanya ramai sedia maklum yang Jepun merupakan satu negara maju dengan populasi penduduk seramai 128 juta orang(2008).  Semua sedia maklum yang masyarakat Jepun adalah satu masyarakat yang sentiasa sibuk(atau buat-buat sibuk..hehe) sehinggakan pelbagai perkara dalam hidup mereka dipermudahkan utntuk menjimatkan masa sebagai salah satu alasan.
    Apa yang ingi aku kongsi disini adalah berkenaan vendor machine (jidohanbaiki). Dikatakan jumlah jidhohanbaiki ni adalah lebih banyak dari penduduk jepun sendiri. Apa yang menarik mesin ini bukan sahaja menjual minuman dalam tin (seperti malaysia dan kebanyakan negara lain) tapi juga benda2 pelik2 seperti baju, seluar dalam (useable pun ada) bunga segar, telur dan juga payung.  Setakat vending jual rokok tu dah biasa dah cuma skrg ni kalau nak belik rokok guna vending kena ada kad pengenalan khas yg kena touch pada vending machine tu sebelum beli. 
   Aku tak boleh bayangkan kalau kat Malaysia ada jidhohanbaiki mcm ni. Jawabnya jahanam la masyarakat malaysia. Kalau jihohanbaiki jual telur ayam fresh tu aku sokong la cuma tak pasti berapa lama telur tu blh bertahan sebagai telur disebabkan vandalisme di Malaysia agak tinggi..  :)

Tuesday 3 February 2009

BANTU ISRAEL?

          Di Malaysia kita sibuk dan heboh dengan kempen bantu palestin dan anti israel serta boikot syarikat2 yg menyokong rejim zionis itu, tapi sedarkan kita pada masa yang sama juga terdapat kempen utk membantu rejim zionis itu.
          Petikan akhbar di atas aku dapat semasa mengisi masa lapang sementara tunggu subjek periksa seterusnya, dari The New Yorker, akhbar kedua terlaris di Amerika selepas Washinton Post. Bayangkan berapa ramai populasi rakyat amerika yang baca iklan ini dan berapa ramai pula yang terpengaruh.....bersama kita renungkan...