Monday 4 May 2009

Sebulan di bumi darul makmur

Salam ceria buat semua. Setelah sekian lama kini baru berpeluang untuk mencurahkan pengalaman di kanvas maya (psst...mcm mana, ada gaya pujangga tak, anis? ). Well dah sebulan aku berada di SHAH. Rasa mcm pendek je tp macam2 aku lalui dalam masa sesingkat ini. Boleh dikatakan yg sek ni sesuai utk org yg workholic mcm korang bukan aku..hahhaha... Aku berjaya membawa bola baling hingga no 3 daerah, thanks tu Pn Norasyikin - pensyarah pj MPRM / penasihat gerko aku. Ilmu tu sampai sekarnag aku gunakan. Terlibat juga dgn pertandingan Usahawan muda, walaupun sebagai bidan terjun tp still ada hasil - bukan nak riak tp sebagai motivasi pada diri sendiri baru kerja jadi lagi, semangat jadi tinggi. Apapun cg2 sini tak sabar nak bagi seribu satu kerja pada `penyapu baru`. Aku terima setakat yang mampu sehingga di gelar GK = gila kuasa. Well pada aku, `gila kerja` is better. Bak kata seorang teman - `kerja keras untuk masa depan`...hahha.... Aku try nak upload gambar tp ada masalah teknikal sikit so maybe next time. Untill then...adious.