Wednesday 11 February 2009

Valetine

Lain padang lain belalang. Walaupun kita tahu Valetine Day berasal dari barat tapi jepun telah menjadikannya sebagai salah satu budayanya sendiri.  Namun untuk menjadikanya sebagai `origaniliti` meraka telah menjadikan Valetine Day (14 Feb)  hari dimana perempuan memberi coklat kepada lelaki dan White Day (14 Mac) hari di mana lelaki pula memberi coklat pada perempuan.
     Namun demikian terdapat sedikit keunikan/ tekanan terutama pada perempuan. Pada 14 Feb, perempuan bukan sahaja memberi lelaki coklat kepada lelaki yg diminati tetapi juga teman sepejabat, boss, kawan lelaki, abang, adik lelaki, ayah dan sebagainya yang dikenali sebagai giri choco (obligation chocolate). Ini diberikan pada `golongan` tersebut mereka tidak terasa terasing apabila tidak mendapat coklat pada hari tersebut. Kiranya tak ikhlas juga aaa. Hal ini memberi sedikit sebanyak tekanan pada perempuan, mana taknya kalau dalam satu office tu ada 30  lelaki, mcm mana?
       Pun begitu pemberian coklat yang diberikan kepada `teman istimewa` biasanya disertakan hadiah seperti jam, tali leher dll. Dan coklat yg dihadiahkan adalah buatan sendiri (homemade) atau coklat yg lebih mahal dari `giri choco`. Coklat ini juga dikenali sebagai honmei (prospective winner). 
       Waktu ini juga syarikat coklat, hotel mengaut keuntungan berkali-kali ganda. Seperti gambar di atas sebuah hotel di Hakone  menyediakan perkhidmatan `chocolate jaccusi` yg mendapat tempahan yg luar biasa.   ......  hahha.. ada idea utk honeymoon ni.... eat you and chocolate in a same time...hahahah...

2 comments:

Anonymous said...

dapat lah tengok budaya jepun sambut hari kekasih...

mohd nor a.k.a saintis said...

oo..kalau mcm tu nanti aku upload sikit2 budaya jepun lagi. special edition utk ko eeda.( dah mcm nama kohai aku plk...hehe)