Monday 16 February 2009

Jenaka Padang Pasir

       Suatu hari seorang a'rabi sembahyang dibelakang seorang imam. Sedang imam tu baca al-Quran; tiba2 dia terlupa bacaan dan terus membaca ta'awwuz(mnta perlindungan dr syaitan) berulang kali. Maka a'rabi berkata "Syaitan sebenarnya tak bersalah pun. Kau je yg tak pandai baca Quran"
      Suatu hari seorang a'rabi menyelam di lautan pd musim panas beberapa kali. setiap kali dia menyelam dia akan menghitungnya dgn dia mengikat helaian tali. Maka ada org bertanya tentang perbuatannya. Dia menjawab "Ini adalah mandi2 junub yg yg aku qadakan dr hadas2 besar yg aku tak mandi lagi pd musim sejuk."
       Suatu pagi seorang a'rabi solat subuh di belakang seorang Imam. Imam itu membaca surah Al-Baqarah(lembu betina) sehingga a'rabi tadi terlepas agenda yg nak dilakukan selepas solat. Pd hari berikutnya sblum Imam solat subuh; a'rabi tadi bertanya "Pagi ni kau nak baca suruh ape?" Imam menjawab "Surah al-Fil(gajah)" Lantas a'rabi tadi keluar lari dr masjid. Dia berkata "Semalam surah al-Baqarah (lembu betina) pun dah sampai tengah hari; ni nak baca surah al-Fil(gajah) mesti sampai tengah malam."
a`rabi = org arab yang duduk di padang pasir ( di luar kawasan kg atau pekan).
p/s : tuntutlah ilmu sampai ke negara china.

No comments: