Thursday 5 February 2009

Rasanya ramai sedia maklum yang Jepun merupakan satu negara maju dengan populasi penduduk seramai 128 juta orang(2008).  Semua sedia maklum yang masyarakat Jepun adalah satu masyarakat yang sentiasa sibuk(atau buat-buat sibuk..hehe) sehinggakan pelbagai perkara dalam hidup mereka dipermudahkan utntuk menjimatkan masa sebagai salah satu alasan.
    Apa yang ingi aku kongsi disini adalah berkenaan vendor machine (jidohanbaiki). Dikatakan jumlah jidhohanbaiki ni adalah lebih banyak dari penduduk jepun sendiri. Apa yang menarik mesin ini bukan sahaja menjual minuman dalam tin (seperti malaysia dan kebanyakan negara lain) tapi juga benda2 pelik2 seperti baju, seluar dalam (useable pun ada) bunga segar, telur dan juga payung.  Setakat vending jual rokok tu dah biasa dah cuma skrg ni kalau nak belik rokok guna vending kena ada kad pengenalan khas yg kena touch pada vending machine tu sebelum beli. 
   Aku tak boleh bayangkan kalau kat Malaysia ada jidhohanbaiki mcm ni. Jawabnya jahanam la masyarakat malaysia. Kalau jihohanbaiki jual telur ayam fresh tu aku sokong la cuma tak pasti berapa lama telur tu blh bertahan sebagai telur disebabkan vandalisme di Malaysia agak tinggi..  :)

2 comments:

Ticer Syah said...

japanese people dah terdidik dengan sifat yang baik2 gitu..

msian people.. terkenal dengan vandalisme.. even tempat cucuk duit pon dwang masukkan kad topup.. bodo punya olang.. mesti time skola ni tak puas blaja KH.. wakakkaa

mohd nor a.k.a saintis said...

susah aaa kalau dah bodo sampai mcm tu, tp masih gak ponteng sekolah...hahhaha...