Friday, 2 December 2011

Tuesday, 1 March 2011

MAC 2011

Salam buat semua. Walaupun agak terlewat sehingga sudah masuk bulan aku still nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru dan selamat menjalani hidup baru. ...hmmm...next post Insya Allah aku uploadkan esok

Sunday, 7 March 2010

Stereotype

Salam buat semua. diam tak diam dah hampir setahun aku dibumi tercinta. pelbagai perkara yg aku perhatikan sama ada baru atau lama. dan sebagaimana yg dijanjikan aku ingin mengutarakan tentang stereotype. dalam masyarakat kita masih lagi tebal dgn stereotype ini. aku, ko dan juga yg lain sering `mengamalkan` perkataan ini tanpa kita sedar. Pengalaman aku semasa berkursus di IPBA tahun lepas menyedarkan diri ini. Berpakaian kemas - baju kemeja putih, bertali leher hitam dan berseluar slack, menantikan kawan aku yg juga professor disana. Aku ditegur oleh salah seorang warga kerja disana, bertanyakan ` driver siapa`?, yg pada mulanya aku sangkakan soalan itu ditujukan pada org lain tetapi memandangkan hanya aku dan `dia` sahaja yg berada disekitar tempat itu maka dengan tersenyum aku sekadar menjawab, `saya menantikan Professor X`. Lantas dia pun membalas yg professor x ada tugas - yang mana pada aku dia ingin menunjukkan dia tahu segalanya sedangkan aku sememangnya tahu apa yg dilakukan professor x pada masa itu. Sekembalinya professor x aku menceritakan situasi tersebut padanya dan dia agak marah dgn kejadian itu. Aku sekadar menenangkanya sambil berkata, ` tak pe la, kalau saya jadi driver prof pun dapat gak ilmu`. Lantas kami keluar menuju ke midvalley utk keluar minum. Disana kami menanti beberapa kawan prof yg menginap di hotel di atas midvalley. Sementara menantikan kawan2nya tiba, aku menanti di luar kereta walaupun dibantah oleh prof. Sambil berseloroh aku berkata' saya tunggu dkt mercedes depan tu aa, kalau org kata driver pun, at least saya bawa mercedes (sambil ketawa- prof x memandu nissan). nak dijadikan cerita tak sampai 5 minit aku berdiri disitu, aku ditegur oleh seorang pemandu wanita bertanyakan jalan ke hotel yg terletak dibelah midvalley- entah apa nama pun dah lupa......sambil tersenyum aku menjawab maaf sebab tak dpt membantu kerana aku pun kurang arif selok belok jalan disini. Terus aku masuk ke kereta prof sambil ketawa. kesimpulan: baju putih, tie hitam dan seluar hitam pakaian pemandu ke?

Monday, 7 December 2009

Salam buat semua? How do you do? Hope you all doing fine with your family and friends. Me? hahah still trap at this school finishing my duty as Timbalan Pengawas Peperiksaan SPM. And Im glad with that coz if not i i will die bored at home. At this moment i have 1001 things to write and to story to all of you but coz it too many to tell it well end it as nothing to tel..hehhehhe. Dont wory i promise to make it up next time. Just in advance, my next episod is all about stereotype. When i say next time, its not mean next time im online but may be next week or month or woth maybe next year......... moral dia, keep waiting. Sesungguhnya sabar itu sebahagian dari iman.....

Monday, 4 May 2009

Sebulan di bumi darul makmur

Salam ceria buat semua. Setelah sekian lama kini baru berpeluang untuk mencurahkan pengalaman di kanvas maya (psst...mcm mana, ada gaya pujangga tak, anis? ). Well dah sebulan aku berada di SHAH. Rasa mcm pendek je tp macam2 aku lalui dalam masa sesingkat ini. Boleh dikatakan yg sek ni sesuai utk org yg workholic mcm korang bukan aku..hahhaha... Aku berjaya membawa bola baling hingga no 3 daerah, thanks tu Pn Norasyikin - pensyarah pj MPRM / penasihat gerko aku. Ilmu tu sampai sekarnag aku gunakan. Terlibat juga dgn pertandingan Usahawan muda, walaupun sebagai bidan terjun tp still ada hasil - bukan nak riak tp sebagai motivasi pada diri sendiri baru kerja jadi lagi, semangat jadi tinggi. Apapun cg2 sini tak sabar nak bagi seribu satu kerja pada `penyapu baru`. Aku terima setakat yang mampu sehingga di gelar GK = gila kuasa. Well pada aku, `gila kerja` is better. Bak kata seorang teman - `kerja keras untuk masa depan`...hahha.... Aku try nak upload gambar tp ada masalah teknikal sikit so maybe next time. Untill then...adious.

Sunday, 12 April 2009

Home Sweet Home

Salam buat semua pembaca blog yang setia menanti..hahahah... mcm la ramai sgt pembaca blog aku ni. Apapun terima kasih pada yang setia, yang tak setia aku tetap ucap terima kasih kerana sudi membaca. Diam tak diam dah 16 hari aku menjejakkan kaki ke tanah air. Pun begitu aku cuma sempat 4 hari je bersama keluarga tercinta sebelum membawa diri merantau sekali lagi ke timur tanah air. Hari ni adalah hari ke 10 aku berada di SHAH pekan, pahang. Pada yang tak tau dimana nanti aku update kemudian pasal sekolah tu. Banyak benda nak cerita tp masa terhad...until next time.. by by....

Monday, 23 March 2009

Dunia Makin Sakit

Dalam kesibukan menguruskan persiapan pulang, ada satu tajuk berita kecil yang memberi impak besar pada aku hari ini. Romania sebuah negara berura-ura untuk `menghalalkan` sumbang mahram. Dan untuk makluman semua Romania adalah seperti beberapa negara euro lain yang menjadikan seks sebagai salah satu industri yang membantu menjadi ekonomi negara. Well, ekonomi negara mungkin terjana tapi moral pula bagaimana? Lebih hina dari binatang. Sesungguhnya manusia itu adalah sebaik2 ciptaan Tuhan dengan adanya akal dan nafsu tp sekiranya nafsu itu melebih dari akal, maka tarafnya adalah jauh lebih hina dari haiwan. Nauzubillahminzalik.... pada yg berminat blh baca disini