Rasa-rasanya korang boleh boycot tak barang2 ni? Ada diantaranya barang yang kita biasa guna sehari-hari di Malaysia.Aku rasa kalau tak boycot semua pun, boycot setakat yg mampu je. Cuma yang tak tersenarai kat sini ialah syarikat-syarikat rokok yang mana aku rasa penyumbang terbesar kepada dana Israel. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
BRANDS & LABELS TO BOYCOTT
|
Sunday, 11 January 2009
Setakat Yang Mampu...
Mahsuri darah putih, aku darah merah, ko?

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehandiri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri agar tidak dikuasai dengan tekanan.
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemarmelaksanakannya denga cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudahbagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namunada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu.Kamuperlulebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.
p/s :aku kalau nak cari org gaji aku nak cari darah A ini sebab dari pemerhatian aku sendiri org darah A ni rajin mengemas..hahaahhaha
Thursday, 8 January 2009
Kerja + Berjaya = Kerjaya

1. Bidang yang sesuai dari 20 senarai tertinggi?
Office and Management - wow lepas ni korang cari aku kat Putrajaya je la...
2. Kemahiran yang terlibat yang boleh dirumuskan dari 20 senarai tertinggi
Intrerpersonal - nak tau apa pegi chek kamus...
3. Kerjaya sekarang berkaitan dgn no berapa?
No. 4,5,6,7,8,9,10,12,16,20 - high value worker....kena aim gaji tinggi ni $$$$
4. Peratus ketepatan ujian tersebut (anggaran)?
99%
5. Bahasa asing yang disyorkan pada anda?
Latin Amerika - dah pernah ambik Bahasa Sepanyol tp tak mampu bawa sebab belajar dalam bahasa jepun..cuba dlm bahasa inggeris..... gerenti setaraf
Antiony Banderas atau El Divo.
6. Kerjaya yang tak disangka-sangka?
no.31- Funeral Services and no.32- Jeweller . Ada yg boleh bagi rasional?
7. 5 orang yang ingin anda tag?
As, Rynn, Ina, Fish, Ezze ( semua umat yg tak ada blog)...
Dah jgn bising2. Aku dah jawab tag ko. Pada yang kena tag tu, bawa kursor anda ke sini untuk menyahut cabaran.
p/s: rumusan berdasarkan no.1-20 kecuali bg soalan no 6.
Labels:
interpersonal,
kerjaya,
tagged
Wednesday, 7 January 2009
First Time
Biasanya `first time` experince mmg susah nak dilupakan dan aku adalah salah sorang darinya. Kenangan kali pertama akan ku kenang selamanya walaupun tak dpt diulangi kembali tapi tak salah mengenangkannya kerana dari situ aku bermula hingga berdiri di sini.
Kenangan pertama aku di sekolah bermula di Sek Keb Pengkalan Tentera..(...kecik2 dah masuk askar aku ni). Hari pertama melapor diri, punya la ramai org kat sek tu, tak kurang dgn zaman skrg ni cuma yg beza cuma ada 2 jenis uniform je. Student baru mcm aku ngan askar2 yg bawa anak mereka lapor diri@pendaftaraan...hahah... yg tak pakai uniform tu sama ada cikgu sek tu atau surirumah yg juga hantar anak utk masuk sek( istilah zaman tu).
Aku beratur di kelas 1M bersama ramai lagi `orang asing` beratur sblm masuk ke kelas. Tgh2 beratur tu ada sorang tarik aku ke tiang sebelah pintu masuk dan ambik gambar. Maka tercipta la dalam sejarah hidup aku kali pertama ambil gambar berukuran pasport. Sesudah sesi bergambar, kami diarah masuk ke kelas. Dalam kelas yg terdiri dari berbilang kaum dan aku masih ingat sebahagian dari mereka hingga sekarang. Contohnya, Bawani ( the biggest indian girl in our class), NisyaNaiya ( mati2 aku ingat dia ni anak pelakon Hindustan), Danny (our class monitor-good looking chinnese boy), Toh Chee Leong ( the most `setan` in our class), Zamri ( anak pegawai yg suka sebut `kukuchau`-sampai skrg aku tak tahu apa maksud dia, Khairul Anuar Ramli ( my first best friends but lost contact now) dan tak lupa juga guru kelas kami, Faridah - tak tau sama ada dia puan atau cik masa tu......
Entah apa la khabar semua rakan2 aku skrg. Alhamdulilah aku masih ingat dgn jelas watak dan perwatakan manusia2 di SK Pengkalan Tentera, Kuantan walaupun dah 23 tahun berlalu.Even aku masih ingat lagi lagu sekolahnya sampai habis. Nanti aku buat hikayat kalau ada permintaan...hahha... by the way apa agak2 tajuk hikayat tu yea? ada cadangan?
Mcm korang masing ingat lagi kenangan hari pertama di sek dulu? Story la sikit mukashi banashi (cerita dulu2) korang masa mula2 masuk sek.
p/s: gambar diatas adalah yg terkini SK Pengkalan Tentera ( sorry ...tak ada gambar yg lebih baik)
Saturday, 3 January 2009
Sendal Gusi
Convict
A man escapes from prison where he has been for 15 years. He breaks into a house to look for money and guns and finds a young couple in bed.
He orders the guy out of bed and ties him to a chair, while tying the girl to the bed he gets on top of her, kisses her neck, then gets up and goes into the bathroom. While he's in there, the husband tells his wife:
"Listen, this guy's an escaped convict, look at his clothes! He probably spent lots of time in jail and hasn't seen a woman in years. I saw how he kissed your neck." If he wants sex, don't resist, don't complain, do whatever he tells you. Satisfy him no matter how much he nauseates you. This guy is probably very dangerous. If he gets angry, he'll kill us. Be strong, honey. I love you."
To which his wife responds: "He wasn't kissing my neck. He wwas whispering in my ear. He told me he was gay, thought you were cute, and asked me if we had any vaseline. I told him it was in the bathroom. Be strong honey. I love you too!!"Married Men Only
In a small town in the US, there is a rather sizable factory that hires only married men.
Concerned about this, a local woman called on the manager and asked him, "Why is it you limit your employees to married men? Is it because you think women are weak, dumb, cantankerous..or what?"
"Not at all, Ma'am," the manager replied. "It is because our employees are used to obeying orders, are accustomed to being shoved around, know how to keep their mouths shut and don't pout when I yell at them."
p/s: ilang jap tension aku..haha....
Labels:
jenaka,
jokes,
sendal gusi
Thursday, 1 January 2009
Nak Menang Award...
cerita pasal aku :-
1. semua org kata nama aku panjang hakikatnya tak pun... nama anak sedara kak ani (MT/PM 96-99) jauh lagi panjang dari nama aku.2. masih lagi belajar dan akan terus lagi belajar.(Insya Allah)
3. tak ada lesen kereta.
4. suka aktiviti `luarpintu` tp skrg ni banyak kepada `dalampintu`.
5. membaca dan menonton bila ada peluang.
6. kerja pertama selepas spm- caddy di A`Famosa Golf Resort.
7. pernah ditawarkan sebagai Customer Servis Agent oleh MAS - bawah sikit dari secret
agent..hahah.
8. berhajat nak ambik lesen untuk scuba diving.
9. ingin menawan puncak tertinggi di asia tenggara.
10. nak buat reunion sn-kh 96-99... tapi tak tau bila....hahah...(kena masuk dalam azam
tahun baru ni)
p/s: rasanya aku calon tunggal bagi anugerah blog baru terbaik....betul tak?
Snowboard


Kalau dah cikgu tu ke mana pun jati diri seorang guru tu ada pergi ke mana pun tetap sama. Kali ini ada la 3 org pelatih baru yang sempat aku ajar cara2 untuk ber`snowboard`...hehhe...lepas ni blh minta kementerian belia dan sukan adakan rakan muda snowboard plk. Cuma pada trip kali ini aku lebih kepada X-treme boarding walaupun tak la se `X-treme` Joto ngan Najmi mahu pun Pidot. Safety first tetap jadi moto aku... Namun acara yang akan menjadi kenangan paling manis ialah `snowball war while snowboarding`...best gila siot... aku just kena 2 shot je dlm banyak2 tu hahaha..nice..nice ( ke dia org yang pengkor)..hahah..
p/s: masih lagi menanti gambar2 `x-treme` dari cameraman.
Subscribe to:
Posts (Atom)