Sebut je pasal jepun, antara perkara pertama yang terlintas adalah sushi, selain dari gunung fuji, kimono dan anime. Sememangnya diakui yang sushi sudah menjadi makanan tradisi masyarakat jepun. Pun begitu bukannya dimakan setiap hari sebagaimana yang sering digambarkan. Apapun aku semakin hari semakin ketagih untuk makan sushi ini. Dan semalam selepas simposium, aku dan himejirian yang lain menjamu selera kami yg buruk lantak ni di Matsuri Sushi, antara kaiten sushi ( sushi putar)kegemaran kami. Selain rasanya yang sedap ianya juga murah- layak la dah nama student, mana mampu nak makan yang mahal-mahal. Seperti biasa aku la juara dikalangan Himejirian dgn 10 piring. Itu pun sikit sebenarnya, kalau ada org nak belanja boleh je sampai 20 piring...heheh...makan free biasa la.Nak tau apa aku makan, blh tgk sendiri... Yang ada kat atas tu 9 je sebab satu lagi aku ambik sup ketam. Sorry tak sempat ambik gambar sebab dah habis dulu supnya. Tu la buat lagi sup ketam sedap-sedap..kan korang tak dapat tengok gambarnya. Padan muka korang...hahhaa...