Showing posts with label SHAH. Show all posts
Showing posts with label SHAH. Show all posts

Tuesday, 17 April 2012

Basikalthon Bersama Pengarah JPN Pahang

Assalamualaikum dan salam satu malaysia. Semalam mencatat lagi satu sejarah dalam lembaran hidupku bila kali pertama menyertai basikathon bersama Pengarah JPN Pahang. Walaupun berbasikal bukan asing dalam hidupku (11 tahun berpengalaman berbasikal ke sekolah tanpa mengira cuaca, kecuali basikal bocor) tp acara semalam adalah kali pertama. XPDC anjuran JPN Pahang dengan PPD Pekan merupakan kali pertama xpdc berbasikal.  Dengan basikal yg dipinjamkan dari SMK Tengku Abdullah, Pekan, aku dan seramai 100+ org yang lain berjaya menamatkan xpdc sejauh 40km yg bermula dari SMK Sg Soi, Kuantan ke PPD Pekan.
gaya seorang pengayuh basikal berpengalaman sedang menghilangkan semput (cover mode)




Kayuhan santai menjadikan perjalanan 40km terasa singkat dn 4 kali berhenti ( maklum letua pesertanya bukan detour). Sempat gak la bergambar dengan Pengarah JPN Pahang, En Yahya sebagai kenangan.
bersama team 'keirin SHAH PEKAN ( en. rahim tiada dalam gambar)





Monday, 4 May 2009

Sebulan di bumi darul makmur

Salam ceria buat semua. Setelah sekian lama kini baru berpeluang untuk mencurahkan pengalaman di kanvas maya (psst...mcm mana, ada gaya pujangga tak, anis? ). Well dah sebulan aku berada di SHAH. Rasa mcm pendek je tp macam2 aku lalui dalam masa sesingkat ini. Boleh dikatakan yg sek ni sesuai utk org yg workholic mcm korang bukan aku..hahhaha... Aku berjaya membawa bola baling hingga no 3 daerah, thanks tu Pn Norasyikin - pensyarah pj MPRM / penasihat gerko aku. Ilmu tu sampai sekarnag aku gunakan. Terlibat juga dgn pertandingan Usahawan muda, walaupun sebagai bidan terjun tp still ada hasil - bukan nak riak tp sebagai motivasi pada diri sendiri baru kerja jadi lagi, semangat jadi tinggi. Apapun cg2 sini tak sabar nak bagi seribu satu kerja pada `penyapu baru`. Aku terima setakat yang mampu sehingga di gelar GK = gila kuasa. Well pada aku, `gila kerja` is better. Bak kata seorang teman - `kerja keras untuk masa depan`...hahha.... Aku try nak upload gambar tp ada masalah teknikal sikit so maybe next time. Untill then...adious.

Sunday, 12 April 2009

Home Sweet Home

Salam buat semua pembaca blog yang setia menanti..hahahah... mcm la ramai sgt pembaca blog aku ni. Apapun terima kasih pada yang setia, yang tak setia aku tetap ucap terima kasih kerana sudi membaca. Diam tak diam dah 16 hari aku menjejakkan kaki ke tanah air. Pun begitu aku cuma sempat 4 hari je bersama keluarga tercinta sebelum membawa diri merantau sekali lagi ke timur tanah air. Hari ni adalah hari ke 10 aku berada di SHAH pekan, pahang. Pada yang tak tau dimana nanti aku update kemudian pasal sekolah tu. Banyak benda nak cerita tp masa terhad...until next time.. by by....