Tuesday, 17 April 2012

Basikalthon Bersama Pengarah JPN Pahang

Assalamualaikum dan salam satu malaysia. Semalam mencatat lagi satu sejarah dalam lembaran hidupku bila kali pertama menyertai basikathon bersama Pengarah JPN Pahang. Walaupun berbasikal bukan asing dalam hidupku (11 tahun berpengalaman berbasikal ke sekolah tanpa mengira cuaca, kecuali basikal bocor) tp acara semalam adalah kali pertama. XPDC anjuran JPN Pahang dengan PPD Pekan merupakan kali pertama xpdc berbasikal.  Dengan basikal yg dipinjamkan dari SMK Tengku Abdullah, Pekan, aku dan seramai 100+ org yang lain berjaya menamatkan xpdc sejauh 40km yg bermula dari SMK Sg Soi, Kuantan ke PPD Pekan.
gaya seorang pengayuh basikal berpengalaman sedang menghilangkan semput (cover mode)




Kayuhan santai menjadikan perjalanan 40km terasa singkat dn 4 kali berhenti ( maklum letua pesertanya bukan detour). Sempat gak la bergambar dengan Pengarah JPN Pahang, En Yahya sebagai kenangan.
bersama team 'keirin SHAH PEKAN ( en. rahim tiada dalam gambar)





Monday, 9 April 2012

Assalamualaikum, setelah sekian lama kini baru kembali untuk menulis dilembaran ini. Sebagaimana yang dijangkakan dahulu memulakan adalah mudah, mengekalkan itu yang payah. i know myself very well. Sudah masuk bulan April, mcm2 dah berlaku dan akan berlaku. Yang sudah berlaku; dari bujang ke sudah berkahwin, dari berkahwin ke sudah mempunyai anak, dari guru biasa ke Ketua Guru Rumah. Itu adalah antara yang sudah berlaku padaku dalam 2 tahun kebelakang ini. Yang akan berlaku pula..hmmm....mungkin aktviti kumpulan AWAS (Angkatan Wanita Solo) dan ALAS (Angkatan Lelaki Single) sekolah aku. AKtiviti yang asalnya bermula dari ingin servey tempat bagi camping pngakapa bertukar jadi aktiviti kelab guru sekolah SHAH dan aku yang jadi mangsa separuh rela untuk menguruskan hal2 aktiviti semasa di PULAU TIOMAN nanti..(pengalaman untuk belajar mengurus). Teringin gak bawa darling dengan anakanda tp keadaan tak sesuai. Insya Allah aku akan bawa juga suatu hari nnti. Cakap pasal anakanda, puteriku Aufa Nur Hanan sudah mengjangkau 8 bulan minggu depan. Hmm... cepat betul masa berlalu.
..bagus2...kecik2 dah pandai baca surat khabar..hehehe..

Friday, 2 December 2011

Tuesday, 1 March 2011

MAC 2011

Salam buat semua. Walaupun agak terlewat sehingga sudah masuk bulan aku still nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru dan selamat menjalani hidup baru. ...hmmm...next post Insya Allah aku uploadkan esok

Sunday, 7 March 2010

Stereotype

Salam buat semua. diam tak diam dah hampir setahun aku dibumi tercinta. pelbagai perkara yg aku perhatikan sama ada baru atau lama. dan sebagaimana yg dijanjikan aku ingin mengutarakan tentang stereotype. dalam masyarakat kita masih lagi tebal dgn stereotype ini. aku, ko dan juga yg lain sering `mengamalkan` perkataan ini tanpa kita sedar. Pengalaman aku semasa berkursus di IPBA tahun lepas menyedarkan diri ini. Berpakaian kemas - baju kemeja putih, bertali leher hitam dan berseluar slack, menantikan kawan aku yg juga professor disana. Aku ditegur oleh salah seorang warga kerja disana, bertanyakan ` driver siapa`?, yg pada mulanya aku sangkakan soalan itu ditujukan pada org lain tetapi memandangkan hanya aku dan `dia` sahaja yg berada disekitar tempat itu maka dengan tersenyum aku sekadar menjawab, `saya menantikan Professor X`. Lantas dia pun membalas yg professor x ada tugas - yang mana pada aku dia ingin menunjukkan dia tahu segalanya sedangkan aku sememangnya tahu apa yg dilakukan professor x pada masa itu. Sekembalinya professor x aku menceritakan situasi tersebut padanya dan dia agak marah dgn kejadian itu. Aku sekadar menenangkanya sambil berkata, ` tak pe la, kalau saya jadi driver prof pun dapat gak ilmu`. Lantas kami keluar menuju ke midvalley utk keluar minum. Disana kami menanti beberapa kawan prof yg menginap di hotel di atas midvalley. Sementara menantikan kawan2nya tiba, aku menanti di luar kereta walaupun dibantah oleh prof. Sambil berseloroh aku berkata' saya tunggu dkt mercedes depan tu aa, kalau org kata driver pun, at least saya bawa mercedes (sambil ketawa- prof x memandu nissan). nak dijadikan cerita tak sampai 5 minit aku berdiri disitu, aku ditegur oleh seorang pemandu wanita bertanyakan jalan ke hotel yg terletak dibelah midvalley- entah apa nama pun dah lupa......sambil tersenyum aku menjawab maaf sebab tak dpt membantu kerana aku pun kurang arif selok belok jalan disini. Terus aku masuk ke kereta prof sambil ketawa. kesimpulan: baju putih, tie hitam dan seluar hitam pakaian pemandu ke?

Monday, 7 December 2009

Salam buat semua? How do you do? Hope you all doing fine with your family and friends. Me? hahah still trap at this school finishing my duty as Timbalan Pengawas Peperiksaan SPM. And Im glad with that coz if not i i will die bored at home. At this moment i have 1001 things to write and to story to all of you but coz it too many to tell it well end it as nothing to tel..hehhehhe. Dont wory i promise to make it up next time. Just in advance, my next episod is all about stereotype. When i say next time, its not mean next time im online but may be next week or month or woth maybe next year......... moral dia, keep waiting. Sesungguhnya sabar itu sebahagian dari iman.....

Monday, 4 May 2009

Sebulan di bumi darul makmur

Salam ceria buat semua. Setelah sekian lama kini baru berpeluang untuk mencurahkan pengalaman di kanvas maya (psst...mcm mana, ada gaya pujangga tak, anis? ). Well dah sebulan aku berada di SHAH. Rasa mcm pendek je tp macam2 aku lalui dalam masa sesingkat ini. Boleh dikatakan yg sek ni sesuai utk org yg workholic mcm korang bukan aku..hahhaha... Aku berjaya membawa bola baling hingga no 3 daerah, thanks tu Pn Norasyikin - pensyarah pj MPRM / penasihat gerko aku. Ilmu tu sampai sekarnag aku gunakan. Terlibat juga dgn pertandingan Usahawan muda, walaupun sebagai bidan terjun tp still ada hasil - bukan nak riak tp sebagai motivasi pada diri sendiri baru kerja jadi lagi, semangat jadi tinggi. Apapun cg2 sini tak sabar nak bagi seribu satu kerja pada `penyapu baru`. Aku terima setakat yang mampu sehingga di gelar GK = gila kuasa. Well pada aku, `gila kerja` is better. Bak kata seorang teman - `kerja keras untuk masa depan`...hahha.... Aku try nak upload gambar tp ada masalah teknikal sikit so maybe next time. Untill then...adious.